My Little Princess

My Little Princess
We Luv U Dear..

Tuesday, March 30, 2010

Bermulanya di sini.......

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh...

Sempena dengan tajuk "Bermulanya di sini" kutitipkan nukilan dan diari hidup anakku - khas untuk permata hatiku yang tercinta.Kuharap dia dapat mengingati dan membacanya setelah dia besar.Padamu sayangku Aisya, ketahuilah olehmu bahawa bagi ibu, Aisya adalah seorang anak yang kuat, cekal dah tabah.Kenapa dan mengapa ibu katakan demikian, ibu akan ceritakan..........


"Ainur Ariana Damia"- itulah nama yang kupilih untukmu.Seindah maksudnya Nur - cahayamata, Ariana - full of life, Damia - kebijaksanaan ( Cahaya kebijaksanaan yang menyeluruh kehidupan).Itulah yang kuharapkan.Agar dia menjadi seorg anak yang sangat bijak.Namun kini kami seluruh keluarga sepakat memanggilnya Aisya berikutan satu kisah..Aisya terlalu kerap sakit n dimasukkan ke hospital.Suatu hari ketika Aisya admit ward, seorang 'nenek' yang ibu temui di dalam lif hospital dan mendengar cerita pasal Aisya menyarankan agar nama panggilannya di ubah.Dia jugalah yang menyarankan agar di panggil Aisya.Sejak itu, setelah meminta pandangan dari org2 terdekat, panggilan Ariana ibu tukar kepada Aisya dengan harapan Aisya cepat sembuh dan tidak lagi keluar masuk wad.K,lah berbalik pada story....



Aisya dilahirkan premature di Hospital Serdang pada 22 Mac 2009 (Ahad) bersamaan 6 Rabiulakhir 1430H, jam 3.30a.m ketika usianya baru mencecah 32 minggu dalam kandungan dengan berat hanya 1.27kg.Terlalu kecil saiznya berbanding bayi2 normal yang baru menjengah dunia.Boleh diibaratkan saiznya ketika itu bersamaan dengan sebotol air mineral 1.5L.Kali pertama melihatnya, airmata ini meleleh laju.Tak terucap kata2.YA ALLAH, bersyukurnya aku kerana kau mengurniakan aku seorg lagi anak yang comel dan cukup sifat.Hanya doa kepada Allah dan harapan semoga dia kuat kerana doktor sendiri tidak memberi harapan sebaliknya berkata semuanya terpulang pada baby samaada kuat atau tidak dan kemungkinan utk bermasalah mmg tinggi.Aisya dilahirkan normal (secara semulajadi) walaupun doktor pakar mengatakan bahawa 99.9% ibu perlu menjalani pembedahan untuk melahirkannya sebab baby terlalu kecik.Tekanan semasa meneran akan membuatkan dia xblh survive untuk hidup.Namun, Allah Maha Berkuasa dan Penyayang.Juga mungkin kerana Aisya mendengar doa dan kata2 ibu setiap hari semasa mengusap perut agar tidak menyusah dan menyakitkan ibu.Terima kasih sayangku.

Berita yang ibu terima pada hari ke tiga kelahiran Aisya membuatkan ibu hampir jatuh terduduk.Melalui ujian doktor, Aisya disyaki mempunyai masalah jantung.Ya Allah...kuatnya ujianMu padaku.Airmata ini meleleh dihadapan doc.Namun doc masih memberi harapan.Katanya, mungkin lubang di jantungnya blh tertutup sendiri kerana bagi bayi sekecilnya (premature) segala organ dalamannya masih belum matang.doc memberi masa sehingga 3 bulan.Harapan dan doa setiap hari kupanjatkan pada Yang Maha Esa agar memberi kekuatan peluang hidup kepada bayi kecilku untuk menjalani kehidupan normal seperti bayi-bayi yang lain.

"Ya ALLAH Ya Tuhanku, kau kuatkanlah anakku ini..berikanlah dia peluang untuk hidup dan menjalani kehidupan normal seperti bayi2 yang lain dibumimu ini Ya ALLAH.Sekiranya kesakitan yang kau berikan padanya adalah kerana balasan di atas dosa-dosaku padaMU, aku mohon kau mengampunkan aku.Kasihanilah dia yang tidak berdosa itu.Ya ALLAH,sesungguhnya dia masih terlalu kecil untuk menanggung semua itu dan aku rela menanggung sakitnya.Sekiranya ini ujian darimu untuknya maka kau berikanlah kekuatan padanya untuk menempuhi ujianMu.Ya ALLAH,kuyakin kau berikan dugaan pada hambamu kerana kau tahu hambaMu itu boleh melaluinya.

Amin Ya Robbalalamin..Engkaulah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang lagi Maha Pengampun"

Tiga bulan berlalu, lubang di jantung Aisya masih belum tertutup.Aisya dihantar ke IJN utk disahkan penyakit jantungnya dan YA..dia disahkan mempunyai PDA failure iaitu masalah pada salur jantung oleh doktor pakar IJN.Maha Besar ALLAH, begitu beratnya dugaanMU pada kami.Aku redha.Pembedahan segera tidak dapat dijalankan kerana berat yang masih tidak mencukupi iaitu baru 1.44kg selain dari salur darah yang terlalu halus blh membahayakan nyawa.Aisya kepindahkan semula di Neonat Intensif Care Unit (NICU) Hospital Serdang.



Setiap hari, hospital adalah rumah kedua ibu.Ibu kehospital setiap pagi dan balik ke rumah malam.Walaupun xblh mendukung Aisya,ibu blh menyentuh Aisya melalui lubang inkubator.Setiap saat ibu berdoa agar Aisya kuat.Setiap hari ibu bercakap dengan Aisya.Ibu igt lagi antara kata2 ibu pada Aisya."Adik, adik kena kuat.ibu sayangkan adik.semua org sayangkan adik.kita keluar dari sini ye sayang.dah xperlu cucuk sana sini.ibu janji kalau adik dah sihat, ibu bawak g taman, tgk cat,flower,bird.kat luar cantik sgt.kolo adik nak tgk, adik kena kuat..biar cpt sht.kakak aireen,abah, nenek, sume tgu adik"time tu xyah cakaplah airmata ini.tp ibu igt pesanan sorg kakak pada ibu, ibu kena kuat.xblh ngs dan tunjukkan dpn Aisya yang ibu sedih.barulah Aisya akan kuat.Aisya memandang ibu terkelip2 seperti paham apa yang ibu ucapkan.

Dalam NICU, badan Aisya penuh dgn wayar..pakai bantuan oksigen dari oksigen hidung, mulut dan Aisya pernah melalui saat kritikal sehingga memerlukan ventilator(mesin bantuan oksigen),minum melalui tiub, kaki tangan penuh kesan cucuk.Setiap hari darah diambil sehingga tangan lebam kebiruan.Aisya juga 6x menjalani proses pertambahan darah akibat kekurangan darah (HB terlalu amat rendah).Doc mengesahkan Aisya mengalami Congenatal Rubella Sindrom.Mulanya aku nafikan kerana kukatakan pada doc, aku ada mengambil suntikan rubella dan anak pertamaku sihat.Penerangan doc mengatakan kemungkinan berlaku jangkitan semasa mengandung.Virus rubella blh berjangkit melalui udara cth di tempat org sesak spt shopping complex. Lemah seluruh tubuhku...apa lg dugaan dariMU Ya ALLAH.Berilah aku kekuatan..airmata ini sudah kering utk menangis.




29.5.2009- Hari yang paling bahagia sekali bila pertama kalinya ibu dapat memeluk dan mencium Aisya.Itupun kerana doc nak mencuba kaedah 'touch skin to skin' utk mempercepatkan peningkatan brt badan.Menitis airmata ibu kerana terlalu terharu.Sampaikan nurse yang jaga Aisya pun terharu.Yelaa..bayangkan anak kita sejak lahir sampailah umur dia 67 hari kita xblh dukung apatah lagi cium.Hanya dapat usap jer.Kecik dan ringannya anak ibu.sebelah tgn jer ibu pegang.dengan wayar yang berselirat kat badan dia.time tu 1.57kg.berat dia lambat btl nak naik.dah naik trn pulak.Tu hanya sekali sahaja kerana slps itu, doc pakar xbagi takut Aisya terkena jangkitan kuman.Tp ibu cukup bersyukur kerana akhirnya impian ibu nak pegang, dukung dan cium Aisya tertunai.Biarlah Aisya di dalam inkubator, asalkan dia sihat.


Umur 4bln++ Aisya dikeluarkan dari inkubator selepas beratnya mencecah 2.54kg. xsampai sebulan Aisya di masukkan ke dalam baby coat.Sewaktu ini hati berbunga2 melihat perkembangannya.Aisya dah pandai tersenyum malah menurut nurse yang menjaganya dia mmg suka tersengih.Malah doc turut membenarkan Aisya memakai pakaian sendiri dan membawa mainan yang berwarna warni.
Pertama kali memakai baju..anak ibu cepat sihat ye sayang.

Selepas tiub oksigen besar dibuka..tido lena selepas penat bermain dengan ibu.

Aisya bersama patung 'greeny'nya.time ni pipi dia nmpk tembam sedikit-3.13kg
Wajah mulus Aisya..time ni ibu rindu sangat kat Aisya dan selalu xsabar2 nak ke NICU tgk Aisya sbb Aisya dah pandai nak main.

Elehh..cenyum2...tau2 je ibu nak snap gambar ye sayang??


Tengok tu..tangan Aisya tergapai2 nak capai hp ibu time ibu nak snap pic dia.Dah lah amik pic ni pun curi2.( For your information, adalah dilarang mengambil gambar ketika di dalam wad NICU) tapi ibu ni degil.kalo ibu xsnap..camner ibu nak tunjukkan Aisya gambar2 Aisya semasa kecilkan?Sbb Aisya ddk di hospital -+6 bulan bersamaan 189 hari.(NICU Spital Serdang + IJN)
Tanpa pic2 ini ibu akan kehilangan kenangan2 Aisya semasa kecil.
p/s: Ibu cabut skjp wayar oksigen Aisya..time ni Aisya dah blh bernafas sendiri dan oksigen yang diberikan pun terlalu amatlah rendah.


Time ni Aisya dah 3.43kg pada umurnya 165 hari.Menuggu masa untuk ditransferkan ke IJN yang dijadualkan 1 September 2009 bagi menjalani pembedahan mengikat salur jantungnya.
Setiap masa aku rasa nak sentiasa berada di sisi Aisya.Aisya baby yang kuat dan kena terus kuat.Nanti ibu update lg kisah Aisya di IJN pulak yer.Ibu sayang Aisya.