My Little Princess

My Little Princess
We Luv U Dear..

Wednesday, October 27, 2010

Sudah tukar ker??hihihi...

Salam semua..lamanya xmenjengok blog lama aisya nih. Maaf yer semua. Banyak yang berlaku
:( yang tak terucap dengan kata2. Hihihi, biarlah rahsia. Di sini, ibu just want to inform pada semua follower bahawa blog aisya dah berpindah ke blog baru - www.rahsiakehidupan.blogspot.com so jemput2 lah melawat yer.
Terima kasih pada semua yang mendoakan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Assalamualaikum...

Wednesday, June 9, 2010

Aisya Demam Lagi...

Semalam 7/6/10 - ibu balik jer dari office, Cik Til bgtau badan Aisya panas sangat sejak dari tghri td.ibu tanya berapa suhu dia tp cik til jawab xdpt nak cek sbb dia ngs jer.ibu trs amik Aisya..time tu dia dok golek2 atas tilam depan tv.xnangis pun.MasyaAllah...panasnya badan anak ibu ni.ibu amik suhu badan Aisya 39.0celcius!!terperanjat ibu.Cepat2 ibu bg dia makan ubat demam (yg mmg sentiasa ada dalam peti ais rumah kami).pastu Aisya dh start merengek,xnak diletak.nak dukung jer.kul 7...ibu rasa badan Aisya masih lg panas.ibu bukak bajunya dan rendam/mandikan Aisya nk bg suhu badan dia kurang.Malamnya ibu xleh nk tido risau sgt2 tambah2 lg bila ibu baru jer terbaca satu blog pasal kisah baby meninggal dalam tido."Ya Allah sembuhkanlah anakku Aisya..Peliharalah dia dari sebarang musibah.Kuatkanlah dia Ya Allah.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengasihani"
Aisya tido dengan kain tuala basah dibadannya.kepalanya pun ibu basahkan tiap masa dengan air asam jawa.Alhamdulillah..kul 5a.m ibu cek suhu badan Aisya dah kembali normal dan dia dah tido lena.Syukur padaMu Ya Allah..

Thursday, June 3, 2010

Berita dari IJN..

Aisya dan ibu jalan2 di taman temankan kakak Aireen main

Buah hati...pengarang jantung ibu.

31 Mei 2010(Isnin) -Hari ni Aisya ada check up kat IJN.Ibu dapat berita sedey lagi.Saluran jantung/darah Aisya still lg sempit.Doc pakar cadangkan untuk buat satu procedur di mana satu saluran tiub dimasukkan ke jantung melalui pangkal peha Aisya.Doc bgtau ini adalah procedur biasa untuk menentukan sama ada salur jantung/darah tersebut ok (blh bertahan) atau perlu menjalani pembedahan.Aisya akan admit wad di IJN pada 23hb Jun 2010 ini.Walaupun sedikit berat hati untuk melepaskan Aisya menjalani procedur tersebut namun ibu kena relakan.Itu adalah yang terbaik utk Aisya, jadi ibu akan berusaha untuk memastikan Aisya terus sihat dan menjalani kehidupan normal seperti bayi2 sihat yang lain.Harap kawan2 dapat mendoakan kesihatan Aisya yer...

Perkembangan Aisya setakat ni dia sihat, aktif dan semakin bijak.Alhamdulillah.Pantang tiapkali nampak org bersiap pakai lawa2 mulalah tangannya digapai2 srh diangkat(igt nak g jln2) dan kalau dibiarkan dia akan menangis (takut ditinggalkan)..kalau ddk dalam walker alamatnya hbs satu rumah dia round.Yang paling penting dia sangat suka ketawa (lebih2 lg bila tgk kakak terlompat2)Itulah dia Aisya..kesayangan kami.

Wednesday, May 19, 2010

Perginya seorang baby yg kuat..Al Fatihah

16 Mei 2010 (Ahad - 10.25a.m) ibu terima msg dari zaidah...ayatnya berbunyi "Ayu, Arissa dah xde".Berhenti sekejap degupan jantung ibu.Innalillahiwainnalillahirojiun...bagaikan xpercaya dgn apa yang ibu baca.ibu trs membalasnya."Betul ker zaidah?bila?sakit apa?kenapa?"bagaikan seorang inspektor polis ibu memberikan soalan tanpa sempat memikirkan yang zaidah tengah bersedih.zaidah membalas..."baru jer td.smlm demam, pagi td nampak semacam.trs bawak spital.doc ckp dah xde."Ya Allah...baru ptg Jumaat itu ibu saling membalas sms dengan zaidah bertanyakan perkembangan arissa.katanya arissa dah semakin ok.dah xpakai oksigen.Terbayang2 didepan mata ibu saat2 bersama di wad NICU Hospital Serdang.Arissa satu bilik dengan Aisya.Keluar dari wad NICU pun tarikh yang sama iaitu 2 hari sebelum raya.Dan semenjak itu ibu selalu berhubung dengan aunty zaidah bertanyakan perkembangan masing2.Semoga zaidah trs kuat dan tabah dlm mengharungi dugaan ini.Ya Allah ko kuatkanlah hati dan semangat seorg ibu ini.Tenangkanlah dia...
Sejak hari itu, ibu selalu memikirkan Aisya."Ya Allah..kau sihatkanlah anakku seperti bayi2 normal yang lain.Panjangkanlah umurnya.Masih belum cukup aku mencurahkan kasih sayangku padanya.Masih belum puas aku membelai dan menjaganya.Kau peliharalah anakku dari sebarang musibah."
Ini adalah antara pic2 terbaru Aisya..
Masih dengan puting nyonyotnya itu..
Senyum macam atuk tua xde gigi - kata cik til.huhuhu
"xpelah cik til, janji comel."
(nampak tak dahi aisya tumbuh ruam2 kecil sbb skrg cuaca panas)
Elelele...tgk tu punyalah happy nya dak tecik busyuk ibu ni.Sambil angkat kaki,terjelir2 lidah tengok ibu nak snap pic dia.

Jalan2 tgk lampu cantik-iCity


Actually ibu xplan pun nak g tempat ni (i-City, Shah Alam) tp mak su yg beria2 bgtau tempat ni cantik.so, alang2 antar mak su balik politeknik ibu pun singgahlah nak tgk.Wow..btl cantik diorg create tmpt ni.Sgt cantik dgn lampu yang bermacam bentuk n warna.Tgklah gelagat Aisya yang xheran pun dgn suasana tempat yang berwarna warni tu dan mengujakan tu..dia leh buat hal dia jer.hihihik

Ibu, kakak dan Aisya..si kakak ni ngada2 xmau jalan.penat katanya.So, replace tmpt ngan adik.adik ibu dukung, kakak lak masuk stroller.Tgklah reaksi Aisya tu suka sgt buat mulut cenggitu..menyembur2 air liur.

"Saya nak bgn..ibu angkatlah saya.huwaaaa...'


"Cak..Aisya wif bebe nya' duk dlm stroller.


Tgk tuh..leh dia tido time org sibuk2 nak bergambar.Langsung xheran ngan suasana sekeliling.


Smiles...kami dalam rumah salji.ada byk lg pic tmpt2 menarik kat situ tp ibu mls ar nak upload..pc ibu ni lembab.next time k??huhuhu

Tuesday, May 18, 2010

Follow up di Hospital...

Pic2 comel ini dirakamkan ketika membawa Aisya follow up di Hospital Serdang.Macam2 gelagat/ aksi dia buat ketika menunggu namanya dipanggil utk masuk ke bilik doktor pakar kanak2.Saksikanlah telatah Aisya nih...
Tersenyum comel..cute kan?time ni okey lagi mood dia.heheheh..
Haa..tgk tu.dah start boring ar tuh.buat mulut muncung cam gitu.

Blurrr...menyembur2 air liur.
Utk makluman semua..aisya skrg (1 tahun 1 bulan++) dah mula pandai ddk tanpa sokongan,kolo org sedang bersiap cantik2 mulalah dia ngs sampai menghulurkan tgn (nak srh org dukung, takut kena tggl).berat pula 5.21kg ( ringan kan??hehe, xpelah janji Aisya sihat.xmau sakit2 lg ye sayang.)





Saja jer nak upload this pic..hihihi..time ni kami g mandi manda kat Pangsun, Hulu Langat (sehari after besday party).Tgklah si Aisya nih..bukan main suka lagi dia dapat main air.dapat cecah2 kaki pun jadilah kan?? Aisya wif cik Til...tq mummy snap this pic.ibu suka sgt pic nih.





Monday, May 17, 2010

Hepy Besday Aisya!!

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Aireen dan Aisya...
Allah selamatkan kamu...
Hepi Besday utk anak2 ibu Aireen Arissa Dania ( kakak-3thn) dan Ainur Ariana Damia ( Aisya-1thn )

Alhamdulillah, syukur yang teramat kepada Allah..22 Mac 2010 yang lepas genap Aisya setahun.Tiada lain yang ibu panjatkan melainkan kesyukuran dan semoga kakak dan Aisya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu,diberikan kesihatan yang baik dan semoga dia menjadi anak yang solehah, bijak n comel selalu.Ibu love so much both of you.
Actually, sambutan besday ini ibu buat ala kadar jer bersama sedikit bacaan doa selamat.Tarikhnya pun sedikit lewat memandangkan ibu busy sgt hujung bulan tu..Kek ini ibu tempah khas utk anak kesayangan ibu. Kek ada pic kakak n Aisya + garden theme.. so cute

Cupcakes hadiah from mummy lin, adel and papa.Thank's ya..
Ibu dan aisya.mulut aisya tomot kena calit kek.

Inilah besday gul nya...theme colour is red.so, semuanya merah mak ngah lah hari tu.huhuhu...
Tgklah tuh..mulut masih xlepas ngan puting.ishh..Aisya dah besar tau.xmau puting lagi sayang.

Huh..lega rasanya selesai majlis nih.selagi xbuat besday party, si kakak asyik duk tanya..bila nak buat.Lastly, thank's for all yang dapat hadir memeriahkan majlis ini + hadiah2 yang berbagai utk dua beradik nih.

Tuesday, April 6, 2010

Mimik Muka Aisya..

Mimik2 muka ni ibu snap ketika kami mengambil angin petang di Dataran Masjid Putra.Waktu ini Aisya dah 9 bulan.Berat -+4.7kg.Jarang bawak Aisya keluar sebenarnya (takut berlaku jangkitan akibat terdedah dengan orang ramai) tp sesekali perlu juga rasanya beri dia rasa angin luar kan??Lagipun dulu masa kat NICU ibu pernah janji ngan Aisya nak bawak dia jalan2 kat taman sekiranya dia keluar wad.so, ibu tunaikan ye sayang...kolo Aisya dah sihat nnti kita pergi bercuti.So, enjoy d'pic

Telatahmu mencuit hati keluarga.Bergembiralah selalu anakku.

Senyummu Penawar Hati..

Senyuman dan gelak tawa inilah yang selalu membuatkan ibu rindukan Aisya tatkala terpaksa meninggalkan Aisya.(dalam ertikata lain ke office,kursus dan sebagainya)Melihat pada gelagatnya pasti org tidak akan menyangka yang Aisya pernah melalui saat2 genting dan dia sebenarnya skrg masih sakit."Ya ALLAH...kekalkanlah kekuatan yang ada dalam diri anakku ini.Sihatkanlah dia Ya ALLAH..Engkaulah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani."

Berat susut akibat demam tp masih mampu tersenyum.

Terkekeh2 gelak..

Rasa nak cubit2 pipi dia tuh..

Geramnya ibu...

Aisya xde gigi..ketawa nampak gusi jer..hihihihi

"Membiasakan Diri"

18.9.09 - bermulalah kehidupan normal seorang baby bernama Aisya di luar wad NICU tanpa wayar penuh di badan, tanpa dicucuk kaki tangan, tanpa tiub oksigen di hidung dan tanpa tiub susu di mulut.Aisya perlu belajar menyesuaikan diri dengan keadaan di luar NICU.Ketika ini Aisya genap 5 bulan 25 hari dengan berat badan 3.2kg.Saiz badannya umpama baby yang baru lahir.Bila ke klinik untuk check up @ keluar berjalan, mesti ada yang bertanya berapa bulan dan mereka selalunya meneka Aisya baru lps pantang.(2,3 bulan) Hihihik..xpelah, janji Aisya sihat.

Aisya dah pandai nak main..
Tepuk amai2..belalang kupu2..
Tengok tu, senyumannya...itulah yang ibu rindu selalu.
Ceria betul dia...
Rambut saya xdelah ibu.cikit jer.. Adik tgk apa tu sayang???
Tengok dia...mmg mudah tersenyum dan bergelak tawa bila diagah
Wajah dari dekat..
Tengok apa tu??

Alahai simanja ibu (sori, pic gelap)
Muka bulat Aisya..
Puting xpernah tinggal..
Menung fikirkan masa depan.