My Little Princess

My Little Princess
We Luv U Dear..

Wednesday, June 9, 2010

Aisya Demam Lagi...

Semalam 7/6/10 - ibu balik jer dari office, Cik Til bgtau badan Aisya panas sangat sejak dari tghri td.ibu tanya berapa suhu dia tp cik til jawab xdpt nak cek sbb dia ngs jer.ibu trs amik Aisya..time tu dia dok golek2 atas tilam depan tv.xnangis pun.MasyaAllah...panasnya badan anak ibu ni.ibu amik suhu badan Aisya 39.0celcius!!terperanjat ibu.Cepat2 ibu bg dia makan ubat demam (yg mmg sentiasa ada dalam peti ais rumah kami).pastu Aisya dh start merengek,xnak diletak.nak dukung jer.kul 7...ibu rasa badan Aisya masih lg panas.ibu bukak bajunya dan rendam/mandikan Aisya nk bg suhu badan dia kurang.Malamnya ibu xleh nk tido risau sgt2 tambah2 lg bila ibu baru jer terbaca satu blog pasal kisah baby meninggal dalam tido."Ya Allah sembuhkanlah anakku Aisya..Peliharalah dia dari sebarang musibah.Kuatkanlah dia Ya Allah.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengasihani"
Aisya tido dengan kain tuala basah dibadannya.kepalanya pun ibu basahkan tiap masa dengan air asam jawa.Alhamdulillah..kul 5a.m ibu cek suhu badan Aisya dah kembali normal dan dia dah tido lena.Syukur padaMu Ya Allah..

Thursday, June 3, 2010

Berita dari IJN..

Aisya dan ibu jalan2 di taman temankan kakak Aireen main

Buah hati...pengarang jantung ibu.

31 Mei 2010(Isnin) -Hari ni Aisya ada check up kat IJN.Ibu dapat berita sedey lagi.Saluran jantung/darah Aisya still lg sempit.Doc pakar cadangkan untuk buat satu procedur di mana satu saluran tiub dimasukkan ke jantung melalui pangkal peha Aisya.Doc bgtau ini adalah procedur biasa untuk menentukan sama ada salur jantung/darah tersebut ok (blh bertahan) atau perlu menjalani pembedahan.Aisya akan admit wad di IJN pada 23hb Jun 2010 ini.Walaupun sedikit berat hati untuk melepaskan Aisya menjalani procedur tersebut namun ibu kena relakan.Itu adalah yang terbaik utk Aisya, jadi ibu akan berusaha untuk memastikan Aisya terus sihat dan menjalani kehidupan normal seperti bayi2 sihat yang lain.Harap kawan2 dapat mendoakan kesihatan Aisya yer...

Perkembangan Aisya setakat ni dia sihat, aktif dan semakin bijak.Alhamdulillah.Pantang tiapkali nampak org bersiap pakai lawa2 mulalah tangannya digapai2 srh diangkat(igt nak g jln2) dan kalau dibiarkan dia akan menangis (takut ditinggalkan)..kalau ddk dalam walker alamatnya hbs satu rumah dia round.Yang paling penting dia sangat suka ketawa (lebih2 lg bila tgk kakak terlompat2)Itulah dia Aisya..kesayangan kami.