16 Mei 2010 (Ahad - 10.25a.m) ibu terima msg dari zaidah...ayatnya berbunyi "Ayu, Arissa dah xde".Berhenti sekejap degupan jantung ibu.Innalillahiwainnalillahirojiun...bagaikan xpercaya dgn apa yang ibu baca.ibu trs membalasnya."Betul ker zaidah?bila?sakit apa?kenapa?"bagaikan seorang inspektor polis ibu memberikan soalan tanpa sempat memikirkan yang zaidah tengah bersedih.zaidah membalas..."baru jer td.smlm demam, pagi td nampak semacam.trs bawak spital.doc ckp dah xde."Ya Allah...baru ptg Jumaat itu ibu saling membalas sms dengan zaidah bertanyakan perkembangan arissa.katanya arissa dah semakin ok.dah xpakai oksigen.Terbayang2 didepan mata ibu saat2 bersama di wad NICU Hospital Serdang.Arissa satu bilik dengan Aisya.Keluar dari wad NICU pun tarikh yang sama iaitu 2 hari sebelum raya.Dan semenjak itu ibu selalu berhubung dengan aunty zaidah bertanyakan perkembangan masing2.Semoga zaidah trs kuat dan tabah dlm mengharungi dugaan ini.Ya Allah ko kuatkanlah hati dan semangat seorg ibu ini.Tenangkanlah dia...
Sejak hari itu, ibu selalu memikirkan Aisya."Ya Allah..kau sihatkanlah anakku seperti bayi2 normal yang lain.Panjangkanlah umurnya.Masih belum cukup aku mencurahkan kasih sayangku padanya.Masih belum puas aku membelai dan menjaganya.Kau peliharalah anakku dari sebarang musibah."
Ini adalah antara pic2 terbaru Aisya..
"xpelah cik til, janji comel."
(nampak tak dahi aisya tumbuh ruam2 kecil sbb skrg cuaca panas)