My Little Princess

My Little Princess
We Luv U Dear..

Tuesday, April 6, 2010

NICU HS..Aisya Kembali...(10.9.09 -18.9.09)


Sekali lagi Aisya kembali ke wad NICU Hospital Serdang.Semasa di transferkan, Aisya masih lg memakai ventilator.Hari ke-10 selepas pembedahan, doc mencabut mesin oksigen tersebut dan Aisya dipakaikan bantuan oksigen biasa mengikut peringkat.Alhamdulillah...perubahan yang ditunjukkan oleh Aisya amat memberangsangkan.Dia semakin baik dan dan graf pernafasannya juga bertambah cantik.Syukur PadaMU Ya ALLAH.KAU telah perkenankan doa hambamu ini.Aisya sudah mula tersenyum dan ketawa.Cuma beratnya turun.Menurut doc, berat turun slps operation adalah normal.Bermula dari IJN sehinggalah ke NICU (1.9.09-18.9.09)ibu menemani Aisya di wad (sblm ini, ibu hanya berulang alik setiap hari ke hospital)Aisya mula diberi susu ibu secara direct pada 14.9.09 bersamaan 24 Ramadhan 1430H ketika umurnya 176hari.Sebelum itu, sejak lahir Aisya hanya minum susu ibu melalui tiub.Setiap hari rutin ibu adalah memerah susu utk stok Aisya di hospital.Ibu pernah menangis dan mengalami stress yang teramat sgt kerana susu sikit.Namun ibu kuatkan semangat demi Aisya.
Ibu juga kagum dengan semangat Aisya...
Akhirnya pada jam 6.38p.m,18.9.09 bersamaan 28 Ramadhan 1430H, setelah 189hari di hospital, Aisya dibenarkan balik.Alhamdulillah...syukur.Berat Aisya ketika itu adalah 3.2kg.Kepulangan Aisya mmg sangat2 dinantikan oleh seluruh ahli keluarga.Semoga Aisya membesar menjadi anak yang sihat, baik dan bijak.Kami semua sayangkan Aisya!!

No comments:

Post a Comment