



2.30p.m- Aisyah mula menangis kelaparan.Mungkin sbb dah terasa lapar berpuasa.Ibu hanya mampu menenangkannya dan menidurkannya.6p.m nurse datang memberitahu jadual operation terpaksa diubah berikutan ada kes kecemasan. Betapa geramnya hati ibu saat itu.Dah ar anak ibu kelaparan selama lebih 12+jam.Ibu terus susukan Aisya dan petangnya doc pakar bedah iaitu doc Siva dtg memohon maaf dan berjanji esok Aisya adalah pesakit pertama yang akan dibedah.
AISYA DI OPERATE - 4.9.09 ( 9 a.m -11.11a.m)
4 September 2009 - tarikh yang xdapat aku lupakan dalam hidupku.Tarikh inilah Aisya menjalani pembedahan mengikat salur jantungnya.Prosedur yang sama juga seperti semalam ibu lakukan pada Aisya bermula dari 4.00a.m.Jam 8.30a.m nurse dah datang untuk membawa Aisya pergi.Ibu mintak supaya ibu dapat mendukung dan menghantar sendiri Aisya ke dewan bedah (OT).Time tu jantung ibu berdegup seribu.Dalam perjalanan ke OT, air mata dah bergenang.Sampai jer di pintu OT, 4 org nurse/doc bersedia mengambil Aisya.Time tu tangisan ibu dah pecah.Doc minta ibu cium dan mengucap kat telinga Aisya."Ya ALLAH!!Kuatkanlah aku.Jika ini yang terbaik untuknya..aku redha.Permudahkanlah segalanya.Panjangkanlah umur anakku.Belum puas aku menjaganya.Ku pohon dariMu Ya ALLAH".10 minit masa yang diberikan,mereka minta kebenaran utk mengambil Aisya masuk.Lama ibu peluk dan cium Aisya.Dalam sendu,ibu bisikkan ditelinganya bahawa ibu terlalu menyayanginya..dan dia perlu kuat.Sesungguhnya Aisya baby yang kuat.Tenang sahaja wajahnya ketika itu.Mungkin kerana dia xtau apa2.
2 jam lebih menanti di ruang menunggu ibarat cacing kepanasan.3x surah Yassin habis ibu baca..ditambah dengan ayat2 Quran pendek.Airmata xpernah kering dari mengalir.Dalam hati xputus2 ibu berdoa agar segalanya berjalan lancar.Deringan telefon memecahkan suasana hening dalam bilik menunggu.Ayat yang tidak mungkin ibu lupakan "Puan, ini waris Ainur Ariana ker?Pembedahan telah selamat dijalankan.Puan boleh melihat Ainur di Pediatrik Intensif Care Unit (PICU).Sekali lagi airmata ibu mengalir."Alhamdulillah, kupanjatkan setinggi syukur padaMU Ya ALLAH.Sesungguhnya Engkau telah mendengar dan memakbulkan doa hambamu yang lemah ini."xhenti2 ibu ucapkan alhamdulillah di dalam hati.
Di PICU, ibu lihat Aisya dalam keadaan yang sangat menyayat hati.Airmata meleleh lg.Ya ALLAH, anak ibu..Leher Aisya ditebuk utk dimasukkan ubat, dada dan di bawah perut di tebuk utk mengalirkan cecair / darah.terdapat 3 balang darah di tepi katil.Muka Aisya pucat tanpa darah.Ventilator (mesin bantuan oksigen) dipasang.Ibu usap Aisya..sedikit pun dia xbergerak.Doc pakar datang..katanya Aisya diberi ubat tido yang paling kuat supaya dia xrasa sakit dan tidak banyak bergerak.

Hari ke-2 ibu melawat, Aisya masih belum sedar.Begitu juga hari ke-3.Hari ke-4 Aisya mulai sedar namun masih mamai dan banyak tidur kesan daripada ubat yang diberikan.Sehinggalah hari ke-6, Aisya mulai sedar sepenuhnya.Aisya ketransferkan semula ke NICU Hospital Serdang pada 10.9.09 (Khamis) pada jam 11a.m.Terima kasih yang tidak terhingga ibu dan seluruh keluarga ucapkan kepada Doc Siva dan staff2 di PICU dan wad Melor, IJN di atas rawatan dan penjagaan rapi Aisya selama 10 hari di sana.Hanya tuhan yang dapat membalas jasa anda semua.

Hari ke-2 ibu melawat, Aisya masih belum sedar.Begitu juga hari ke-3.Hari ke-4 Aisya mulai sedar namun masih mamai dan banyak tidur kesan daripada ubat yang diberikan.Sehinggalah hari ke-6, Aisya mulai sedar sepenuhnya.Aisya ketransferkan semula ke NICU Hospital Serdang pada 10.9.09 (Khamis) pada jam 11a.m.Terima kasih yang tidak terhingga ibu dan seluruh keluarga ucapkan kepada Doc Siva dan staff2 di PICU dan wad Melor, IJN di atas rawatan dan penjagaan rapi Aisya selama 10 hari di sana.Hanya tuhan yang dapat membalas jasa anda semua.
p/s : Keseluruhan kos rawatan Aisya semasa di IJN adalah sebanyak +- RM15,800.00.Wang sebanyak itu tidak bermakna apa-apa jika hendak dibandingkan dengan kesihatan dan nyawa Aisya.Ibu dan babah sanggup lakukan apa sahaja untuk Aisya asalkan anak kami sihat.
Sedih membaca kisah Aisya.. Sesungguhnya Aisya seorang baby yg kuat.. Semoga Aisya sihat seperti baby2 yg lain.. Amin..
ReplyDelete